Wednesday, 30 January 2013

SELAMAT BERKENALAN !

                        ASSALAMUALAIKUM

 
    Bismilahhirohman nirrohim . mula - mula sekali , saya , MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL nak minta maaf dekat korang sebab blog ni masih kosong ~ kosong ~ ohhhhh ~ . ehh , bernyanyi pulak , haha . mesti bosan kan kalau melawat blog yang kosong , macam blog ni , dah lah internet slow macam siput , lepas tu blog yang korang masuk tu tak ada benda yang menarik , habuk ada lah . mesti sakit hati kan ? so , nuar minta maaf sekali lagi .  nuar akan cuba sedaya upaya untuk update pasal keindahan agama ISLAM , isu - isu semasa , gosip , info - info yang bermanfaat , dan banyak lagi lah . cewahhh ! "sedaya upaya " tu , haha . nuar nak bagi tahu , orang yang tolong nuar cipta blog ni ialah makcik zuraima elza ismail . dia ni "sahabat gaduh" nuar yang nombor 2 . funny tau dia ni , nuar mula kenal makcik ni melalui laman sosial yang popular . cer korang teka ? hadiah dia gula - gula cadburry . nak tak ? nanti nuar post lahh hadiah tu , haha . korang lambat sangat lah nak jawab , so , nuar bagi tahu jea lahh . mesti lah laman muka buku atau lebih dikenali sebagai facebook . nuar mula rapat dengan makcik ni sejak dia post gambar meggi dengan garfu yang bengkok . sejak tuu , kitorang tiap - tiap hari "gaduh" , haha . nak tahu lagi mendalam pasal makcik ni ? ni blog dia http://i-am-sweet-potato95.blogspot.com/ . hati - hati zue ni suka smackdown orang ! haha .
     sekarang nuar nak cerita pasal diri nuar pulak lah . nama dah tahu kan ? nuar berasal dari batu pahat , johor . dilahirkan pada 18 ogos tahun 1995 . anak sulung daripada 5 beradik . adik beradik nuar semua lelaki , so , faham - faham lah kalau lelaki kan ? hari - hari mesti lahh perang dunia kelima , haha . adat orang lelaki lah kan ? tapi , walaupun gaduh , tak sampai setengah jam dah berbaik semula . betul la kata orang melayu lama , ikatan adik beradik ni ibarat air yang mengalir dari paip , kalau dicincang tak akan putus , kecuali paip tu dikunci . ada betoi ?! hehe . nuar ni dekat rumah dah macam bos , semua benda arahkan adik buat , ye laa , abang long kan ? so , adik - adik kena ikut cakap kalau tak , dushhh ! kena tumbuk ! haha , tak lahh , nuar tak sekejam tu :D nama ayah nuar , MOHD FADZIL BIN HJ JAIS and nama ibu nuar pulak MASLIZA BINTI KAMIN . beza umur ayah and ibu nuar 11 tahun . wahhhh ! unik kan ? hehe . impian nuar cuma satu je , nak hantar ayah and ibu nuar pergi menuaikan haji . cita - cita nuar nak jadi arkitek ! harap - harap keputusan SPM dapat baik lah , insyaallah :) 
    ehh , korang nak tahu maksud sahabat gaduh ? ahaaa , sahabat gaduh tuu macam kawan yang selalu gaduh , tapi tak pernah dendam , orr apa - apa lah yang sama maksud dengan nya . sahabat gaduh nuar yang pertama ialah uyien . nama penuh makcik ni zurreen atiqa binti jazuli . makcik ni pulakk nuar kenal sejak form 4 kot . kalau tak salah lah . dia terkenal dengan mee bandung HANGUS ! haha . dia ni tak tinggi , tak rendah . ehh  , macam mana tuu ? haha . blog dia nuar lupa ahh , nanti bila - bila nuar bagi tahu . dia ni funny jugak , macam makcik zue . tapi dia ni kuat "menganjing" kung , kung , kung *bunyi anjing . haha .
ehh , tetiba hilang semua idea nak tulis , so , sampai sini dulu . nanti nuar update lagi dengan pengalaman hidup nuar sebagai musafir di bumi ciptaan ALLAH ini , and info - info macam yang nuar tulis mula - mula tadi . awak ! kamu ! dia ! haha , semua lahh , follow tau ! nanti nuar follow balik . nuar ni baru sangat dalam dunia blogger , so , nasihat korang , bantuan korang sangat nuar perlukan ! terima kasih daun keladi , assalamualaikum dan jumpa lagi ! :D

No comments:

Post a Comment