Assalamualaikum semua ! harap semua sihat and waras lagi , tak ada yang gila , haha . macam mintak penyepak jea kan , haha . sepak lahh kalau berani ! :p kali ini nuar nak cerita pula pasal pengalaman nuar cari kerja . terseksa beb ! agaknya macam ni lah perasaan orang bangladesh bila minta kerja kena tolak mentah - mentah . nuar ni baru je habis SPM , hari last exam tuu dalam kepala nak cepat - cepat cari kerja lahh . ye laa , dah tak sekolah kan , so , ayah pun tak bagi lah duit belanja . sedih ! tapi habis je exam SPM nuar enjoy habis lah . pergi jalan sendiri , naik moto merayau *dengan tak ada lesen masa tu . pergi mall semua . enjoy lah kan ? lagi macam - macam lah benda yang nuar nak buat sebab sebelum SPM tu asyik mengadap buku jea . bosan ! then , bila duit tinggal rm20 baru teringat nak cari kerja . nuar pun contact lahh kawan - kawan , nak tanya lah dieorang dah kerja ke belum . sekali ramai yang dah kerja . so , nuar tanya si haikal , budak kelas 5st1 . budak kelas sebelah nuar jea . nuar kelas 5st2 *saje nak bagitahu :p and dia pun belum kerja , tak de geng nak cari kerja katanya . so , nuar ajak dia cari kerja .
esoknya , kitorang jumpa dekat depan taman si haikal ni . depan kedai runcit sengg ann . ahaaa , sapa tahu kedai ni dekat mana ? nuar bagi rm1 ! haha . so , kitorang pun mulakan rancangan kitorang nak cari kerja . tempat pertama mesti lahh KFC parit raja ! sebab nampak iklan kerja kosong dekat situ . so , kitorang tanya lahh dengan manager kfc . tapi hampeh ! dia kata tak ambil pekerja lepasan spm . lepas tuu kitorang pergi dekat MAXIS centre . dia ada tampal iklan kerja kosong dekat situ . so , kami punn tanya lahh , tapi , sekali lagi kami ditolak sebab dia nak pekerja yang kerja permenent . huh ! penat tahu ! then , nuar call mak su nuar , tanya dekat kilang kebab malinja ada kerja kosong or tak . mak su nuar punn suruh datang jea , isi borang . lepas isi borang tu , kitorang pun balik ahh . penat mencari kerja . minyak moto baik - baik full tinggal setengah jea . geram beno !
seminggu lepas tu , nuar pulak kena alahan apa benda tahh . pergi klinik , doktor suruh pergi jumpa pakar dekat hospital swasta . terkejut beruk nuar ! tapi tak pergi pun jumpa doktor pakar tu , nuar berubat tradisional . nuar beli air anugerah , tahu tak about air ni ? air ni dibacakan dengan 30 juzuk AL - QURAN . then , nuar berubat dengan jiran atok nuar sendiri . nak tahu dia buat apa ? nuar panggil dia tok yah . tok yah kunyah kelapa tua sampai lumat , lepas tu kunyah pulak gula melaka . lepas tu tok yah sembur dekat muka , leher and tangan nuar . yang pelik nya , alahan tuu cuma dekat tempat yang orang nampak jea , macam dekat muka , tangan , leher . dekat tempat lain tak de . pelik benoooo ! then , kilang malinja call . dia nak bagi kerja sebagai operator pengeluaran . tapi nuar terpaksa tolak lah sebab kena alahan ni . tapi si haikal tuu dia terima . tapi yang tak boleh tahan nya ! si haikal tu kerja 1 hari jea ! hahahaha . dia kata tak tahan kerja situ . penat katanya , asyik kena angkat barang jea . lepas tu , alahan yang nuar kena ni , alhamdulillah , makin baik . ayah pulak suruh nuar buat lesen kereta dengan moto . apa lagi ! nuar punya lahh suka . haha , ehh , nanti nuar story pasal pengalaman nuar buat lesen dengan kazen nuar sendiri . then nuar contact si haikal ni lagi , ajak dia cari kerja lagi . kitorang rancang nak cari kerja dekat bandar pulakk.
esoknya , kitorang jumpa depan taman universiti . so , kami tahan bas causuway link sebab cuma bas jenis ni jea yang pergi bukit pasir . tambang berapa tahh , tak ingat dahh , hoho . then , kitorang turun depat KFC bukit pasir . try lahh tanya dekat situ , tapi still sama . sungguh sakit hati ini , sampai hati manager dia tak terima kitorang , *cewahhhh ! macam dalam novel pulak . haha . so , bila orang dah reject , kita "blah" lah kan ? kitorang jalan pergi one stop pulak . ternampak banner dia yang katanya ada kerja kosong , gaji bermula rm900++ wahhh ! lumayan kan !? so , kitorang tanya lahh dekat situ . adat cari kerja lah kan ? dia suruh tulis nama , alamat , and number telefon . lepas tuu , kitorang jalan lagi , ingatkan nak tanya mcD pulakk , tapi masa tu orang ramai gila ! benggang pulak nak tanya , hehe . si haikal ni pulak ajak pergi batu pahat mall . nuar ikut jea lahh . tapi nuar tak ingat kitorang buat apa dekat situ , yang nuar ingat , kitorang makan kfc , then nuar beli CD game PS2 ! haha , biasa lahh , nuar kan budak kecik lagi , so , lepas spm nuar kerja mengadap ps2 jea , sampai ibu mengamuk . haha . lepas tuu , nuar beli cool blog perisa tembikai susu , dengan harga rm3.10 . *siap bagitahu harga tu ! haha . lastly , kitorang balik ahh !
dua hari lepas tu , *kalau tak salah lahh . nuar ajak si haikal ni minta kerja lagi dekat KFC parit raja . sebab kawan kitorang , fazrin kata kfc nak cari krew kfc . so kitorang pun pergi lahh . and , akhirnya ! manager kfc tuu kata dua hari lagi datang , pukul 6 untuk interview. fuhhh ! punya lahh gembira . so , lepas dua hari kitorang datang lagi . punya lah terkejut , yang nak interview ramai seyh ! ada yang dari air hitam semua . hadoii , manager tuu kata kalau dapat siapkan benda yang dia nak , macam injection , akaun maybank and akaun kwsp . sapa dapat siapkan , dia yang dapat kerja . so , hari selasa kalau tak salah nuar , nuar pergi dataran untuk siapkan semua yang dia nak lahh . *opsss ! nuar and haikal , hehe . kitorang pergi dekat majlis perbandaran batu pahat , nak tanya pasal injection tu lahh . so , masuk pejabat dia , ada makcik ni tanya . adik ada apa datang sini ? kitorang jawab , nak beli buku untuk injection laa . makcik tuu tanya lagi , ada gambar ? masa tuu kitorang terkejut beruk ! *tapi bukan macam beruk dekat hutan tu lahh , haha . hampehhh ! so , kitorang terpaksa buat gambar dulu . aisey man ! kena bayar rm12 untuk gambar , nasib baik bawak rm100 . lepas tuu kitorang buat dulu akaun kwsp , sebab pejabat kwsp sebelah jea dengan kedai gambar tu . then , kitorang jalan lagi pergi balik majlis perbandaran . so , dah bayar semua . kitorang pergi pulak klinik kerajaan nak buat injection tuhh . jauh tahu ! dalam 5km gitu dari majlis perbandaran . jalan kaki ! bayangkan ! dengan panas terik . pehhh ! then sampai klinik tuu , tanya dekat kaunter . nak tahu apa dia cakap ? dia kata , klinik ni tak de buat injection tu . sumpah masa tuu nak jea nuar bakar kilink nihh ! huh ! dia suruh pergi klinik pergigian sebalah pejabat pos .
nak tak nak , kitorang jalan lagi . dalam 6 km gitu . dengan sakit hati nya , kitorang jalan jea lah , redha jea lahh . akhirnya sampai dekat klinik and buat lahh injection tuu . then kitorang balik . esok nya kitorang hantar terus dokumen yang dia nak . dia kata tunggu panggilan dari pihak kfc . so , nuar pun tunggu jea lahh . tapi satu benda nuar tak puas hati ! ada kawan nuar , *baru kenal . dia pun minta kerja dekat kfc parit raja tuu . tapi dia hantar dokumen terus dapat baju kerja . apakkk dia ! nuar yang hantar dulu tak dapat lagi . puihhh ! ini semua poyo ! grrrrrrrrr . dahh sebulan gitu , baru minggu lepas kfc call suruh kerja . tapi dalam masa sebulan tuu nuar kerja dengan pakcik nuar , hehe . dapat lahh duit nak beli topup , haha . alhamdulillah , now , dah kerja dekat kfc . setelah banyak gila cubaan dan halangan , nuar dapat jugak kerja dekat kfc ni . bukan apa , just nak dapatkan duit sementara belum sambung belajar kan ? dapat lahh duit poket sendiri . ayah punn bukan nak kasi duit lagi , sedihhhhhhhh ! huhu . alaaaaa , idea nak tulis hilang lagi . korang lahh ni punya pasal ! hahaha *tak pasal-pasal nanti nuar cerita pulak pengalaman nuar buat lesen dengan kazen nuar , kena kutuk , baling botol , cubit , semua ada lahh ! haha . assalamualaikum , berjumpa lagi yea ! thanks sudi baca novel nuar nihh , haha *novel lahhs sangat XD
YouthToEarn.com/?ref=471725 just click, and register. no need modal, can earn money.
ReplyDeletePEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY
ReplyDelete1.Perempuan
2.Ada transport
3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
7.Mahir menggunakan komputer
Tugas keja
1.Iron
2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
3.Promote barang
4.Layan customer
5.Edar flyers
6.Urus barang poslaju
7.Kira stok
8.Urus kerja online di komputer
Gaji RM1000-RM1200
Berminat hubungi 0139201910
Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
ReplyDeletedi dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
DO YOU NEED FINANCES? ARE YOU LOOKING FOR FINANCES? ARE YOU LOOKING FOR FINANCING TO ENLARGE YOUR BUSINESS?via email:bullsindia187@gmail.com
ReplyDelete